5 Sebab Graduan Baru Gagal Temuduga

on 30 Dec 2012

Salam Semua,

Selamat tahun baru 2013 untuk semua pembaca ( ada ker ?he..he..he..) dan rakan-rakan blog yang sudi singgah di blog ini. Saya doakan semoga tahun baru 2013 adalah merupakan tahun untuk anda merealisasikan segala impian yang belum tercapai.

Bila tahun baru menjelma memang kita tidak boleh lari dari memasang azam . Azam 2012 sudah tercapai atau belum. Kalau dah tercapai tu tahniah.Jika belum itu tandanya kejayaan yang tertangguh. Sabar dan terus berusaha, mungkin masanya belum tiba untuk kita berjaya.

Saya sebenarnya bukan nak berkongsi tentang azam ni. Alang-alang dah tulis artikel sentuh sedikit berkaitan azam. Balik kepada tajuk 5 sebab graduan baru gagal temuduga. Fakta ini adalah merupakan fakta yang saya dapat semasa taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada 11-12 Disember 2012.

Mari kita cuba kupas satu persatu sebab ini, semoga dapat membantu sedikit sebanyak persediaan anda sebagai graduan baru untuk menempuh cabaran bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang diidamkan. 

1. Permintaan gaji yang tidak realistik.

Bagi graduan baru persoalan gaji adalah perkara yang menjadi dilema. Bila temuduga dan ditanya berapa gaji yang diingini. Ini akan menjerat anda. Salah sebut nilai kecewalah selepas itu. Bagi saya jika anda baru hendak memulakan kerja terutama dengan syarikat swasta janganlah terlalu menetapkan gaji yang terlalu tinggi dan tidak realistik.

Pendapat saya, penetapan gaji ini adalah bergantung kepada jenis kerja yang dipohon. Sekiranya anda masih berminat untuk memohon gaji yang tidak realistik anda mohon kerja dengan pihak bank. Minta bahagian jualan atau pinjaman/kad kredit. Anda boleh minta berapa sahaja gaji 10K, 20K terpulang pada anda. Ini kerana gaji anda nanti akan ditentukan oleh komisyen yang anda dapat. Semakin banyak pelanggan anda semakin besar gaji anda.

2. Perwatakan, sikap dan personaliti pencari kerja yang tidak baik.

Sepatutnya perkara ini tidak terjadi. Kenapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana anda adalah lepasan Universiti dan saya pasti anda sendiri faham apa yang dimaksudkan. Perwatakan anda akan menggambarkan sikap dan personaliti anda.

Kalau perwatakan anda orang tak suka, apa boleh buat memang susahlah nak dapat kerja. Jadi penampilan diri hendaklah kemas, bersih, rambut bagi lelaki jangan panjang. Bagi perempuan janganlah guna pakaian yang seksi semasa temuduga. Solekan pun biarlah berpada-pada. Jangan sampai nampak macam badut bila bersolek. Jangan lupa senyum selalu.

Satu lagi jangan pandang rendah pada kerani yang bertugas masa temuduga kerana mereka ini juga akan mempengaruhi keputusan temuduga anda nanti.

3. Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.

Point ni susah sikit nak ulas. Sebab saya pun kantoi subjek ni. Apalagi nak speaking. Boleh tu boleh tapi lintang pukang jadinya. Main hentam je salah ke betul kemudian kira. Tapi untuk temuduga tidak bolehlah main hentam je kan. Memang susahlah nak dapat kerja kalau bahasa Inggeris jadi taruhan. Senang cerita kalau Bahasa Inggeris kantoi minta kerja kerajaan je jawabnya. Sebab temuduga gerenti guna Bahasa Melayu.

4. Kurang kemahiran komunikasi yang baik.

Masalah ini mungkin disebabkan oleh banyak faktor. Mungkin artikel dari denaihati ini boleh memberi gambaran berkaitan dengan kemahiran komunikasi ini. Jadi mula bersosial dengan cara yang betul. Berkawanlah seramai mungkin, jangan nak main game je dan menghadap buku 24 jam. Ini kerana kemahiran berkomunikasi ini perlu dilatih setiap hari nanti tidaklah masa temuduga anda menjawab soalan macam anda menduduki ujian MUET.

5. Terlalu memilih pekerjaan atau syarikat untuk temuduga.

Sebagai permulaan untuk masuk ke dunia pekerjaan, graduan seharusnya tidak memilih pekerjaan atau syarikat untuk temuduga atau bekerja. Ini kerana perjalanan seorang yang baru graduan ialah mencari pengalaman bekerja sebelum menjumpai kerja yang betul-betul sesuai. Ini bermakna anda dah ada pengalaman temuduga dan juga pengalaman bekerja. Jadi bila dah dapat peluang pekerjaan yang diidamkan dan sesuai dengan ijazah yang diperolehi anda sudah bersedia sepenuhnya. Kadang-kadang minat pada pekerjaan akan datang kemudian.

Sambil menulis entri ini saya layan filem tamil bertajuk Nanban lakonan Vijay, Jeeva dan Srikanth yang menjadi pelakon utama. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari filem ini. Sebagai contoh 'Buat kerja apa yang kamu minat, kejayaan akan datang secara automatik'. Bagus filem ini, bagi yang masih bergelar pelajar saya sangat sarankan menonton filem tamil ini. Boleh layan kat youtube. Selamat menonton.

p.s Kenapa minda kita perlu ditanam lepas belajar tinggi-tinggi mesti cari kerja ? Kalau masih tak dapat kerja tu boleh usahakan di sini. Gaji lumayan dalam USD. Klik SINI.


Rebet Telefon Pintar RM200

on 28 Dec 2012

Salam Semua,

Rasanya hampir semua rakyat Malaysia dah tahu bahawa Kerajaan akan memberikan rebet untuk mendapatkan smartphone atau telefon pintar. Golongan belia yang berumur 21 hingga 30 tahun dan pendapatan tidak melebihi RM3,000 adalah layak untuk mendapatkan rebet ini.


Pastinya pemberian rebet ini akan mengembirakan banyak belia terutamanya yang belum memiliki telefon pintar. Jika masih guna Nokia 3310 bolehlah tukar kepada smartphone. Saya tak layak, ingat kalau dapat nak sambar iPhone 5 satu. Jual telefon lama Samsung S Advance + Rebet RM200 ambil iPhone 5 ringanlah sikit beban. Bukan kerana gaji lebih 3 ribu tapi umur dah lebih 30 tahun tu sebab tak layak.

SKMM akhirnya mengeluarkan senarai telefon pintar untuk Pakej Komunikasi Belia. Yang penting kat telefon tu nanti ada logo 1 Malaysia. Ringtone default lagu 1Malaysia. Mahu ke ? Dibawah ini adalah antara senarainya. Difahamkan senarai ini mungkin akan bertambah dari masa ke semasa.


Telefon pintar yang layak untuk mendapat rebet RM200 ini ditetapkan berharga maksimum RM500. Ini bermakna anda cuma layak mendapat telefon pintar yang mempunyai fungsi asas sahaja. Saya rasa penetapan harga maksimum untuk mendapatkan telefon pintar dengan rebet ini akan mengecewakan ramai belia. 

Saya percaya ramai yang dah berkira-kira dan menetapkan bajet untuk mendapatkan telefon pintar yang diidamkan dan lebih canggih. Ini kerana semasa pengumuman bajet 2013 tidak ada pula dinyatakan had harga telefon pintar yang layak untuk mendapat rebet. Kalau telefon pintar yang anda idamkan tiada dalam senarai di atas janganlah kecewa. Rasanya boleh lagi pakat-pakat dengan tauke kedai tu ( Don't Try This At Home) he..he..he..Saya rasa perlu up sikit lagi harga telefon tu. Bagilah harga yang tidak melebihi RM1,000.

Apa yang menjadi kerisauan saya ialah mengenai harga telefon. Diharap kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab dapat memantau harga-harga telefon di kedai-kedai yang dilantik untuk mendapatkan rebet RM200. Sebagai contoh telefon Nokia Asha 305. Harga dipasaran adalah RM299 (Rujuk Majalah Ering Dis 2012) . Jika dibeli menggunakan rebet RM200 bermakna kita hanya membayar RM99. Katakanlah pekedai menaikkan harga Nokia Asha 305 kepada RM399. Kita terpaksa membayar RM199 selepas tolak rebet. Ini bermakna pekedai nak ambil untung lebih. Harap perkara ini tidak akan menjadi isu nanti.

Siapa yang layak untuk mendapat rebet telefon pintar RM200.00 . Di antara syarat-syarat untuk kelayakkan ialah :
  1. Warganegara Malaysia yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.
  2. Berpendapatan kasar bulanan RM3000 dan kebawah.
  3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan dengan harga maksimum RM500.
  4. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej baharu; dan
  5. Hanya satu telefon untuk seorang.
Saya rasa syarat ke empat tu tak perlu kerana dah banyak 'Kampung tanpa wayar' dan kawasan yang ada menyediakan WiFi sekarang. Lagipun simcard 3g boleh guna online untuk prabayar. Kenapa nak paksa rakyat guna jalur lebar mudah alih kontrak pascabayar bagi yang belum ada. Ni memang nak ambil balik duit RM200 dari cukai 6%. 

Anda boleh baca lebih lanjut berkaitan isu-isu Rebet RM200 telefon pintar ini.


Borang untuk pendaftaran dan maklumat lanjut boleh di dapati di sini. 

Cara Mengatasi Masalah Macbook Pro Tidak Dapat Startup

on 26 Dec 2012

Salam Semua,

Sebelum ini saya ada menulis artikel berkaitan dengan 'Bila Macbook Pro Tidak Dapat StartUp'. Jadi kali ini saya ingin berkongsi bagaimana cara untuk mengatasi masalah macbook pro tidak dapat startup.  Cara yang saya gunakan adalah dari 'try and error' sahaja. Dan ianya berjaya untuk saya.

Sekiranya cara yang saya kongsikan ini mendatangkan mudarat pada macbook anda, saya tidak akan bertanggungjawab kerana ia adalah atas tanggungjawab anda sendiri untuk mencuba dan belajar dari pengalaman orang lain.


Sebelum itu anda hendaklah mempunyai alat atau 'tool' untuk membuka macbook anda. Alat yang saya maksudkan ialah skrew driver. Saiz skru driver saya tak pasti berapa anda boleh lihat kepala skru bahagian belakang macbook anda. Saya rasa anda boleh agak berapa saiz skru driver yang perlu digunakan.

Jika dah sediakan tool anda boleh mula dengan membuka penutup belakang macbook anda. Lepas tu anda buka RAM dan tukarkan RAM 1 pada kedudukan slot RAM 2 dan RAM 2 pada kedudukan slot 1. Senang cakap tukar kedudukan RAM. Jika macbook anda cuma menggunakan satu slot RAM, cuma pindahkan ke slot yang kedua. Selepas tukar kedudukan RAM tutup semula macbook anda.


Kemudian cuba 'on' semula macbook anda dengan menekan butang power sebelah kanan atas. Jika bejaya tahniah. Kalau tak berjaya jangan susah hati. Apa yang perlu anda lakukan ialah pastikan macbook anda disambung dengan bekalan elektrik. Pastikan bateri di cas sehingga penuh. Jika lampu menunjukkan warna hijau bermakna bateri dah penuh kalau masih warna oren sabar tunggu sehingga penuh.  Tapi sebelum itu pastikan anda shutdown macbook anda dengan menekan butang power selama 10 saat. Selepas bateri penuh anda boleh cuba on semula macbook anda. Saya harap pada peringkat ini anda telah berjaya. Tahniah.

Selepas anda berjaya on semula macbook anda, anda perlu melakukan beberapa perkara lagi. Saya senaraikan dibawah :

1. Reset PRAM . Pastikan anda shutdown secara biasa bukan main paksa. Lepas itu on semula macbook anda. Anda perlu tekan butang command + option + p + r secara serentak sebelum skrin kelabu keluar semasa anda restart semula macbook anda.


2. Verify disk permission + Repair disk permission. Anda perlu verify disk permision dan repair disk permision. Untuk melakukan perkara ini anda perlu klik disk utility dalam folder aplikasi --> Others. Anda perlu klik hardisk yang hendak di verify. Lakukan satu persatu dan tunggu biasanya tak lama hanya dalam masa beberapa minit sahaja.

Ok, jadi ini sahaja perkongsian daripada saya. Semoga ianya bermanfaat untuk anda dan dapat membantu.

Rujukkan lain :

Can't start up - No Screen - Won't wake up
Macbook pro startup problem








Bila Macbook Pro Tidak Dapat StartUp

on 25 Dec 2012

Salam semua,

Apa khabar ? Tahun 2012 semakin mendekati penghujungnya. Hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2013. Selamat tahun baru 2013 untuk rakan-rakan dan pembaca blog ini. Jadi ini hari saya ingin berkongsi masalah macbook pro saya.

Harap dengan perkongsian ini rakan-rakan yang menggunakan macbook meenyelesaikan masalah ini tanpa menghantar macbook ke kedai apple. Jika Macbook anda tiada warranty lagi macam macbook saya ni bersedialah dengan wang yang mencukupi. Bukan cukup-cukup ya.

 Masalah Macbook Pro tidak dapat startup atau bila dah 'sleep' tidak boleh nak bangun-bangun lagi. Saya pun tidak berapa pasti kenapa masalah ini berlaku. Kali pertama berlaku pada Macbook saya ialah pada bulan oktober yang lepas. Ia berlaku selepas saya intstall windows 7 menggunakan bootcamp. Lepas installl windows 7 tu saya uninstall balik atau delete windows 7. Lepas saya delete windows 7 inilah tiba-tiba Macbook saya berada dalam keadaan sleep tapi tak boleh bangun lagi. Skrin hitam. Tekan apa-apa butang kat keyboard pun memang skrin hitam sahaja.


Apalagi saya terus paksa Macbook untuk shutdown dengan menekan butang power lebih 10 saat. Bila di restart balik amat mengecewakan skrin masih hitam.Dalam keadaan yang sama Harddisk nampaknya berfungsi kerana ada bunyi. Dan juga ada bunyi tek, tek, tek..

Kali kedua saya mengalami masalah ini ialah semalam 24/12/2012. Apabila macbook saya tidak digunakan selama hampir 4 hari. Biasanya saya gunakan macbook saya setiap hari, jika tidak digunakan saya hanya akan letak macbook dalam keadaan sleep sahaja.

Bagi saya yang berada jauh dari servis center apple ini memang agak sukar jika mengalami masalah macbook. Hasil dari pencarian menggunakan khidmat google dan youtube ada beberapa cara anda menyelesaikan masalah ini.

Untuk mengetahui cara saya menyelesaikan masalah ini tunggu entri saya yang seterusnya Cara Mengatasi Masalah Macbook Pro tidak dapat startup.


Hairan Benarkah Haiwan Ini Aneh !

on 19 Dec 2012



Salam Semua,
Hari saya nak berkongsi satu berita yang saya ambil dari sumber : sinarharian.com.my . Sebelum itu baca dulu laporan berita sinar harian ini.
KOTA BHARU- Rupanya seperti seekor udang, namun apabila diperhatikan sebetulnya ia juga mempunyai penyepit dan bentuk seperti ketam, haiwan pelik ini ditemui oleh seorang kaki pancing, Muhammad Zulfadli Muhammad Zahari, 23, ketika memancing di jambatan baru Tok Sadang, Pengkalan Chepa, di sini malam kelmarin.


Menurut Muhammad Zulfadli, dia bersama rakannya, Shahril Razali, 23,  menemui haiwan terbabit ditemui tersangkut pada mata kail pancingnya serta memberanikan diri memegang haiwan itu dan terkejut melihat rupa bentuknya yang unik.

“Sepanjang memancing di kawasan ini, sungai terbabit sememangnya terkenal dengan hasil tangkapan ikan yang dan tidak mempunyai hidupan lain.

“Namun saya amat terkejut apabila menemui haiwan ini yang berkaki lapan yang pada bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Zulfadli berkata, buntu dengan keadaan itu, dia mengambil keputusan memelihara haiwan itu yang disimpan dalam balang kecil yang berisi air.

“Setakat ini ayah saya, sudah menghubungi pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies haiwan ini namun sehingga kini mereka masih belum mengetahui spesies haiwan itu.

“Pihak terbabit meminta kami menyimpannya dan akan datang mengambil haiwan terbabit, untuk dijadikan kajian sebelum mengetahui spesiesnya,” katanya.
Dah habis baca berita ini. Adakah anda pernah lihat haiwan ini ? Untuk maklumat haiwan ini memang dah lama wujud. Cuma mungkin pada masa kini haiwan ini semakin pupus dan sangat sukar di jumpai. Di tempat saya iaitu di daerah Asajaya, Samarahan haiwan ini sangat banyak suatu ketika dahulu. Terutama dalam tahun 80-an dan 90-an. 
Di Sarawak terutamanya haiwan ini dinamakan sebagai 'ngoang'. Haiwan ini kebanyakkannya terdapat di kawasan-kawasan pinggir pantai yang tanahnya becak dan kawasan yang mempunyai pokok nipah. 
Kebiasaanya haiwan ini 'ngoang' akan keluar dari lubangnya apabila hari hujan lebat dan berguruh. Dulu di kampung saya haiwan ini dijual dengan harga 10 sen seekor.kalau tak silap saya dalam tahun awal 90-an. Isinya  terutama dibahagian sepit memang sedap. Badannya memang kuarang isi atau tiada isi langsung.
Jika kita biasa makan ketam, isi 'ngoang' lebih sedap daripada ketam. Bahagian ekornya jika ia ialah betina ia mempunyai telur didalamnya. Telurnya memang sedap. Biasanya haiwan ini di masak kicap atau di rebus sahaja. 
Walaupun begitu ada sesetengah tempat di Sarawak haiwan ini tidak di makan. Mungkin mereka ada sebab kenapa tidak makan haiwan ini. 
Mungkin sesetangah orang haiwan ini sangat aneh kerana jarang melihatnya dan mungkin hanya terdapat di kawasan tertentu sahaja. Apa yang saya tahu haiwan ini juga terdapat di Johor dan dikenali sebagai 'Jabot'. Jika diperhatikan dari segi jumlah kaki, cara pernafasan, habitat dan stuktur isi haiwan ini ia lebih hampir dengan spesies ketam yang hidup dua alam.Lihat gambar ketam yang bandingkan.

Dan akhir sekali saya rasa pihak yang berkaitan boleh membuat kajian lebih mendalam lagi dengan haiwan ini 'ngoang' maaf saya tak pasti apa nama saintific dan nama sebenar haiwan ini he..he..he..Pada pendapat saya haiwan ini boleh dijadikan sebagai makanan yang boleh menarik perhatian orang ramai untuk merasa isinya terutama isi bahagian sepit dan telurnya yang sedap. 

Semestinya haiwan ini boleh dikomersialkan dan di jadikan sebagai haiwan yang perlu di pelihara supaya spesiesnya tidak pupus suatu masa nanti.

Apa pendapat anda. Jika di tempat anda juga mempunyai haiwan ini 'ngoang' sila tinggalkan komen dan pendapat anda.





Laman Web BulkPing Kena Hack

on 12 Dec 2012

Salam Semua,

Laman web ping iaitu bulkping.com telah di hack oleh hacker yang menggelarkan diri mereka Tunisia Hackers. Saya tak pasti apakah motif mereka menggodam laman web bulkping.com ini.


Kecewapun ada rasanya dengan perbuatan seperti ini. Walau apapun saya tahu tidak semua hacker yang ada di alam maya ini jahat. Ada antara mereka cuma untuk menguji ilmu yang digunakan sama ada berkesan atau tidak. Harap laman web bulkping.com ini dapat berfungsi seperti biasa kerana saya selalu main ping pong kat sini pada malam hari.

Jadi apa pendapat anda tentang kerja-kerja hackers ini ?


Fear Factor Selebriti Malaysia

Salam semua,

Debaran menanti dalam rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia. Tak sabar rasanya nak menonton rancangan fear factor selebriti Malaysia yang akan disiarkan di Astro Ria dan juga di Astro HD. Rancangan ini akan di kendalikan oleh pelakon yang tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia iaitu Aaron Aziz. 

Pemilihan Aaron Aziz untuk mengendalikan rancangan ini saya lihat sebagai satu pilihan yang tepat dan sangat sesuai. Mungkin lepas ini Aaron Aziz akan dicalonkan sebagai pengacara terbaik 2013, mana tahu rezeki dia. Nanti ada pula yang jeles he..he..he..

 
Fear Factor Selebriti Malaysia ini akan melibatkan 30 orang selebriti yang akan membentuk 15 pasukan secara berpasangan. Peserta akan diuji keberanian mereka dan bagaimana mereka mengatasi perasaan takut untuk melakukan cabaran yang diberi. Jika peserta takut atau gagal melakukan cabaran yang diberi, mereka akan disingkirkan. 

Fear factor selebriti Malaysia ini adalah merupakan rancangan yang diadaptasikan daripada format program yang sangat popular di US. Untuk versi Malaysia ia akan disesuaikan dengan budaya rakyat Malaysia. Tak adelah makan benda yang kotor atau berendam dalam tahi b4b!.

Program ini akan disiarkan dalam 13 episod dan boleh ditonton di Asro Ria 104 dan Astro Mustika HD 134. Anda boleh menonton program ini pada pukul 9.00 malam bermula pada 29 Disember 2012. 


Siapakah calon juara pilihan anda ? 


 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved